BERITA SEMASAPMX

PM Anwar tiba di Masjid Negara, beri penghormatan terakhir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, di sini hari ini.

Beliau tiba pada kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, dan terus menuju ke Dewan Solat Utama yang menempatkan jenazah Allahyarham.

Anwar kemudian turut menyertai solat jenazah bersama barisan pemimpin kepimpinan kerajaan.

Selain Perdana Menteri, turut kelihatan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Allahyarham Tun Abdullah, 85, yang turut dikenali sebagai Pak Lah, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam tadi.

IJN dalam kenyataan memaklumkan bahawa beliau dimasukkan ke hospital itu pagi Ahad selepas mengalami kesukaran bernafas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button