LUAR NEGARA

Erdogan isytihar wilayah terjejas gempa bumi kawasan darurat bencana

ISTANBUL – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini mengumumkan darurat bencana di 10 buah wilayah yang teruk dilanda gempa bumi kuat semalam.

Beliau berkata, beberapa langkah kecemasan akan dilaksanakan bagi memastikan bantuan dapat dihantar ke wilayah yang terjejas teruk.

“Kami memutuskan untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan bencana bagi memastikan tugas mencari dan menyelamat dapat dilaksanakan dengan berkesan,” kata Erdogan menerusi ucapannya yang disiarkan menerusi kaca televisyen tempatan.

Setakat ini, angka rasmi menunjukkan 3,549 mangsa terbunuh di Turkiye, manakala 1,602 lagi terbunuh di Syria.

Tambah Erdogan lagi, kerajaan akan menghantar 50,000 petugas bantuan ke kawasan yang terjejas dan menyediakan bantuan kecemasan bernilai 100 bilion Lira (RM22.85 bilion) untuk diagihkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button