LUAR NEGARA

Humza Muslim pertama pimpin kerajaan di Eropah Barat

EDINBURGH – Parlimen Scotland mengesahkan Humza Yousaf sebagai menteri pertama Scotland bagi menggantikan Nicola Sturgeon, pada Selasa.

Pelantikan itu sekali gus menyaksikan Humza menjadi pemimpin Muslim pertama menerajui sebuah kerajaan di Eropah Barat.

Humza,37, sebelum ini dikatakan hampir pasti dilantik ke jawatan tersebut setelah berjaya memenangi pucuk pimpinan Parti Kebangsaan Scotland (SNP) pada Isnin.

Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan menteri pertama Scotland hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button