BERITA SEMASA

Ismail Sabri jalani pembedahan di mata

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras bagi menjalani satu pembedahan, hari ini.

Menurut sumber, Ismail Sabri menjalani satu pembedahan kecil di matanya.

“Prosedur pembedahan tersebut bermula pada pukul 9 pagi tadi.

“Ketika ini, beliau masih berada dalam dewan pembedahan dan masih belum keluar lagi,” kata sumber tersebut.

Sumber bagaimanapun tidak memaklumkan secara jelas pembedahan yang dilaksanakan, namum difahamkan, Ismail Sabri akan hanya ditahan di wad selama sehari bagi pemantauan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button