BERITA SEMASA

Isteri Tun Daim meninggal dunia

BANGI – Toh Puan Mahani Idris, isteri kepada bekas Menteri Kewangan dan tokoh korporat negara Tun Daim Zainuddin, dilaporkan meninggal dunia malam tadi.

Menurut Astro Awani, punca pemergiannya tidak dapat dikenal pasti.

“Dengan berat hati ingin memaklumkan kepada semua bahawa Mami (Mahani Idris) telah kembali dengan aman kepada Yang Maha Esa,” menurut sumber rapat dengan keluarga Allahyarham.

Difahamkan, jenazah akan dimandikan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 10 pagi.

Jenazah akan disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham turut meninggalkan lima orang anak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button