BERITA SEMASASUKAN

Kad merah terhadap Nafuzi Zain, ketua pasukan jadi kebangkitan PDRM tumpaskan Kedah di Darul Aman

ALOR STAR – Pasukan PDRM berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 1-0 dalam aksi Liga Super sebentar tadi

Gol PDRM berjaya dijaringkan pada minit ke-70 oleh pemain penyerang, Bruno Suzuki.

Kebangkitan pasukan PDRM bermula selepas ketua pasukan KDA FC, Manuel Ott menerima kad merah pada minit ke-60 selepas mengangkat tangan kepada pemain lawan.

Lebih memburukkan situasi apabila ketua jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain turut dilayangkan kad merah selepas dilihat mencengkam pengadil keempat perlawanan.

Pengadil yang melihat situasi itu terus melayangkan kad merah kepada Nafuzi.

Kemenangan itu merupakan yang pertama untuk PDRM FC selepas mengalami dua kekalahan sebelum ini.

Dalam pada itu, ini merupakan kekalahan pertama buat KDA FC selepas 3 perlawanan di Stadium Darul Aman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button