POLITIK

Khairy masih mahu jadi PM

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih lagi berharap untuk menjadi perdana menteri pada masa hadapan.

Kata Khairy, yang juga bekas Menteri Kesihatan, walaupun masih lagi menaruh harapan, beliau tidak tidak pasti bagaimana beliau boleh mencapai hasratnya itu.

“Saya tidak pasti bagaimana perkara itu akan berlaku sekarang. Namun, saya faham bahawa politik bukanlah jalan yang mendatar,” katanya dalam program Breakfast Grille di radio BFM pagi tadi.

Tambahnya lagi, beliau mengakui bukannya mudah untuk seseorang itu menjadi pemimpin kerana perlu menghadapi pelbagai cabaran terlebih dahulu.

“Ada pelbagai halangan yang perlu dilalui oleh seseorang sebelum mereka boleh muncul sebagai pemimpin, bukan saja dalam parti malah sebagai pemimpin negara.

“Ya, saya masih mahu memimpin negara ini suatu hari nanti. Bagaimana saya boleh ke sana, saya tidak tahu,” ujarnya lagi.

Jumaat lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, memecat Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, susulan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan parti itu kerana kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button