BERITA SEMASA

Medan Ujian Kebangsaan langkah tepat dalam wujudkan kawal selia bidang Mobiliti Udara Termaju

CYBERJAYA – Sesi Medan Ujian Kebangsaan di antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dengan pemain industri bidang Mobiliti Udara Termaju (AAM) merupakan satu langkah ke hadapan dalam mewujudkan sistem regulatori bagi industri tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, walaupun industri dron tempatan berkembang dengan amat pesat sejak kebelakangan ini, masih belum ada sebarang kawalan khusus diwujudkan terhadap industri berkenaan.

“Masih banyak lagi yang perlu dilakukan Walaupun industri dron negara telah mencapai banyak kemajuan.

“Kita mesti memupuk kerjasama ekosistem dan mengambil langkah pemangkin untuk memenuhi aspirasi negara kita untuk menjadi kunci pemain dalam industri dron global dan hab dron ASEAN,” kata Hasbi.

Hasbi berkata demikian pada Majlis Pelancaran Medan Ujian Kawal Selia Kebangsaan berkenaan Sistem Pesawat tanpa Pemandu Bertauliah (C-UAS) dan Pesawat Elektrik Berlepas Menegak dan Mendarat (eVTOL), di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud, dan Ketua Pegawai Eksekutif Futurise Sdn Bhd, Rosihan Zain Baharudin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button