POLITIK

Pas tentukan sendiri pembubaran DUN tiga negeri dikuasainya – Hadi

KUALA PILAH – Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tiga negeri dikuasai parti Pas akan ditentukan sendiri oleh parti berkenaan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan bermesyuarat bagi menetapkan tarikh berkenaan.

Tambahnya, terpulang kepada tiga negeri lain di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang sama ada mahu mengikut tarikh yang ditetapkan itu nanti, sekaligus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

“Kita akan ada keputusan tersendiri, perkara itu akan dibincang pada mesyuarat akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Gelombang Rakyat menyokong Perikatan Nasional (PN) dan Kenduri Rakyat di Ladang Alam Warisan, Kampung Tanah Datar, Seri Menanti, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata DUN negeri ini dijangka dibubarkan pada Mei ini.

Tambah Aminuddin lagi, beliau bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, sedia berbincang dengan tiga Menteri Besar di bawah pimpinan PAS mengenai perkara itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button