JENAYAH & MAHKAMAH

Projek Jana Wibawa: Wan Saiful didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas tuduhan berhubung projek Jana Wibawa.

Seorang lagi individu yang turut didakwa ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat dikenali sebagai Adam Radlan Adam Muhammad yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut.

Kedua-dua mereka dikatakan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semasa hadir memberi keterangan di ibu pejabat agensi berkenaan malam tadi.

Wan Saiful hadir di pekarangan mahkamah pada pukul 8.45 pagi ini dengan diiringi kumpulan dipercayai penyokong parti Bersatu.

Turut hadir Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; serta Naib Presiden Datuk Seri Radzi Jidin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button