POLITIK

UMNO bertemu ROS, perjelas kelulusan usul tiada pertandingan jawatan tertinggi

BANGI – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam mengesahkan parti itu telah memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung usul tiada pertandingan jawatan tertinggi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Beliau berkata, pertemuan dengan Ketua Pengarah ROS, Mohd Nawardi Saad dan timbalannya telah diadakan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya pada pukul 11.30 pagi semalam.

Pertemuan bersama tiga individu dari parti itu bertujuan untuk memberi penjelasan bahawa usul yang diluluskan itu tidak bercanggah dengan peraturan mesyuarat ataupun Perlembagaan UMNO apabila dipersetujui oleh lebih 90 peratus perwakilan.

Menurut Ahmad Maslan, pertemuan dengan ROS diadakan susulan tindakan dua orang ahli parti UMNO yang mencabar keputusan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Katanya, beliau juga akan menyerahkan dokumen tambahan kepada ROS pada Khamis ini bagi membantu siasatan mengenai perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button